Selasa, 27 November 2012

Set Kesuburan : Ingin Menimang Cahaya Mata Dengan Shaklee


[INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK]


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman-teman semua dah bertiga, berempat, namun kita masih berdua.

Antara PENYEBAB BIOLOGI sukar hamil di kalangan WANITA :

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu      penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

PENYEBAB BIOLOGI di kalangan LELAKI :

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab- penyebab dari faktor luaran (LELAKI & WANITA)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Multivitamin - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. [ Shaklee ada Multivitamin iaitu Vitalea Complex - "Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki." ]

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
"Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma."

Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab, akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E & Selenium - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi.
"Selenium telah lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Jimat bukan!"


Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

        "Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?"

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc


Klik gambar untuk lebih jelas

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa
Klik gambar untuk lebih jelas

HBE : Selain berusaha, kita juga harus bertawakal & sentiasa berdoa kepada Allah, memohon dikurniakan cahayamata. Saya disini sekadar membantu sebaik boleh, Allah jua yang berkuasa.


Hubungilah Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Isnin, 26 November 2012

Alfalfa Complex : Khasiat Alfalfa Shaklee


Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-
bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A
 – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E
 – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U
 – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6
 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K
 – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D
 – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium
 – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi
 – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium
 – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus
 – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida)
 – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium
 – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium
 – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein
 – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


TQ Hanis Amin

AWAS!!!!
Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

(Source Mommy Lyna)


Hubungilah 
Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com

Hearts By E (HBE)
 adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Ahad, 18 November 2012

TIPS : Bagaimana Minum Air Dengan Banyak

google

Tahukah anda minum air kosong 2-3 liter sehari sangat penting terutamanya bagi ibu-ibu yang
MENYUSU, anda yang ingin KURUS, PENGAMAL SUPPLEMENT dan mereka yang mementingkan KESIHATAN dan KECANTIKAN...

Tapi masalah yang sering kita dengar adalah "kembung perut la minum banyak, asyik g toilet je, tak larat la cemtu"

Mungkin tips ni membantu anda..

1) Beli satu tumbler/bekas air 1 liter dan rancang pengambilan air anda. Cthnya: pagi sampai thari -1 liter, thari smpai petang-1 liter, ptg smpai mlm sebelum tidur-1 liter

2) Minum air bukan di waktu dahaga sebaliknya pada setiap masa yg ada sedikit demi sedikit. Kita dah terbiasa bila dahaga baru minum air akibatnya pundi kencing mengembang dgn serta merta kita ingin terus ke tandas. 

3) Semasa anda minum air gerak-gerakan rahang seperti mengunyah. Tindakan ini membantu anda utk minum air lebih byk Tiada kajian saintifik mengenainya tapi cubalah mungkin ia membantu!!

4) Jangan risau jika di awal2 anda kerap ke tandas, anggap shj anda sihat krn sistem bdn anda sedang dicuci dan dibuang. Lama kelamaan apabila sistem badan anda terbiasa, kekerapan ke tandas akan kurang dan anda akan mengalami perubahan kulit yang lebih sihat, rambut yang kuat, sistem pencernaan yang lebih lancar dan penyerapan nutrien oleh badan lebih efektif..

MINUMLAH UNTUK KESIHATAN ANDA!!!!

(SUMBER)


Hubungilah 
Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com

Hearts By E (HBE)
 adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Jumaat, 16 November 2012

Produk : ESP Energizing Soy Protein


Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya
  • Tumbuhan protein yang berkualiti tertinggi denagn kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendahyang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat
Perbezaan yang perlu kita ketahui tentang ESP ialah soya-soya ini diproses menggunakan air berbanding dengan segelintir produk soya dipasaran. Proses ini dapat mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, ganistein dan daidzein dan juga memberikan kepada kita kebaikan keseluruhan soya.
Non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang terdapat pada ESP pula merujuk pada protein berasaskan tumbuhan yang memastikan yang kacang soya bebas daripada kacang soya yang diubahsuai secara genetik.
Protein Soya Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat membantu anda kekal bertenaga selama berjam-jam













Dapatkan ESP pujaan ramai pengguna Shaklee ini dengan segera sebelum kehabisan stok  >_<

Hubungilah Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com

Hearts By E (HBE)
 adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Shaklee Collagen Powder : Apa itu Kolagen

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen membentuk pelbagai jenis tisu penghubung diantara bahagian-bahagian tubuh kita.
Ini termasuk kulit, otot, rambut, tendin, ligemen, darah, tulang dan tulang rawan yang mebentuk struktur tubuh bagi menyokong keseluruhan susuk tubuh.

Semakin usia meningkat, semakin susutlah jumlah kolagen dalam tubuh kita. Ini dapat dilihat sekitar usia 20-an struktur kulit semakin kering, kasar, kurang anjal dan tentunya garis-garis halus mula kelihatan. Bukan itu sahaja, kesan tersebut dapat dilihat pada rambut yang semakin gugur, pudar serta semakin nipis.



Younger  Skin vs Older Skin

Supplement kolagen membantu menjana semula serat kolagen yang hilang dimamah usia dan terus mengekalkan jalinan padu kolagen yang dikeluarkan dalam lapisan dalam kulit. Kulit akan bertambah anjal, lebih licin, lebih lembut dan pastinya lebih kelihatan muda. Kolagen juga membantu menyuburkan rambut agar lebih kukuh, lebat dan juga bersinar.



Berminat dapatkan Shaklee Collagen Powder, nutrien hebat untuk kulit muda dan sihat?
Hubungilah Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Sabtu, 10 November 2012

Testimoni : Herba-lax, Lecithin & ESP


"Alhamdulillah... setelah menggunakn Herb-lax+Lecithin+ESP selama 2 minggu.... sekarang perubahan ini lah yg brlaku kpd diri sy.... bkn sahaja berat semakin kurang... tetapi juga kulit mnjadi semakin lembut n halus... bekas2 jerawat dah semakin hilang.. rasa penat sudah tidak ada lagi... badan mnjadi cergas...mcm xpercaya.... tapi inilah kenyataan.... ;)"-Yanie

Perubahan yang beliau alami hanya dalam 2 minggu sahaja. Beliau mengamalkan Herb-lax, Lecithin dan ESP dalam program slimming nya.


Herb-Lax Shaklee - detox, nyahtoksik
Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.
sumber : Shaklee


Kenapa kene detoks? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..




Lecithin Shaklee - Pemecah Lemak

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

sumber : Shaklee


Kenapa perlu bakar lemak ? Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak di dalam tubuh kita. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya, menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecitin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan



Energizing Soy Protein - Pembakar Kalori

Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten
sumber : Shaklee

Kenapa protien? Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%!

Proses weight management oleh vitamin semulajadi amat selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia disamping kesihatan anda terjamin.





Anda juga ingin turukan berat badan secara selamat? Hubungi sahaja kami, aturan dan konsultasi kami berikan secara percuma dan berterusan 

Hubungilah Elisa (SID893611) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com



Kepentingan Vitamin B Complex


Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B compleks. Vitamin B compleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B compleks terdiri daripada:

  • B1 (thiamin)
  • B2 (riboflovin)
  • B3 (niacin)
  • B5
  • B6 (pyridoxine)
  • B12 (cobalamine)
  • Acid folic
  • Asid panthothenic
  • Biotin


Setiap komponen dalam vitamin B compleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B compleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tiu, kekurangan vitamin B compleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEKS
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

sumber fb/shaklee group


Ingin dapatkan vitamin B Complex


Hubungilah 
Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com

Hearts By E (HBE)
 adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Rabu, 7 November 2012

Testimoni : Vitamin Asli untuk Peluh Berlebihan

Kadang-kadang apabila kita berpeluh tanpa sebab yang munasabah, berpeluh ketika tidak melakukan sebarang aktiviti lasak, berpeluh ketika mengalami tekanan serta cuaca panas memberikan perasaan yang amat tidak selesa, sehingga terasa tak nak bercampur langsung dengan masyarakat sekeliling. Nak bersalam pun segan akibat peluh yang banyak ditangan.



Alhamdullillah pengguna Shaklee ini telah menggunakan Vitamin B Complex, Vitamin C, Zinc & Carotomax. Hasil daripada penggunaan yang berterusan peluh berlebihan di tangan & kakinya sudah berkurangan :)

Penulisan di sini juga menerangkan fungsi-fungsi vitamin tersebut dapat mengurangkan gejala peluh berlebihan

Mari kita lihat apakah fungsi-fungsi supplement yang beliau ambil :

Vitamin B Complex - Anti Stress (sbg Penenang) dan juga membantu meninggikan sistem pertahanan diri.


Vitamin C - meningkatkan sistem imun dalam tubuh

Zinc Complexmenyediakan kalsium bagi mengelakkan kekejangan otot dan sebagainya

Carotomaxmengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Ingin mencuba untuk mengurangkan peluh berlebihan tanpa pembedahan??

Hubungi Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia



GLA Complex dan Wanita



Bunga Borage adalah sumber kepada Minyak Borage
Shaklee telah memperkenalkan vitamin yang dipatenkan khas buat kaum wanita iaitu GLA Complex. Ia adalah kombinasi minyak borage iaitu sumber kepada asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Minyak borage (borage oil) dimana terkandungnya asid gamma linolenik (GLA) digunakan secara tradisional berfungsi melegakan kesakitan ketika haid seperti simptom PMS & segugut, memperbetulan kitaran haid,sakit kepala dan 
melegakan tanda-tanda putusnya haid. Minyak bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6 (Omega 6 Fatty Asid) yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. (credit)
Fungsi prostaglandin adalah

  • Pengeluaran steroid
  • Sintesis hormon
  • Keradangan, sakit dan bengkak
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mengawal keseimbangan cecair badan dengan membantu fungsi buah pinggang
  • Mengawal selia pengagregatan pembekuan darah dan platelet
  • Melawan alahan kepada alergen
  • Penghantaran signal ke sistem saraf
Biji Bunga Matahari
 Vitamin E yang terdapat didalam GLA Complex pula membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Vitamin E juga membantu dalam hubungan suami isteri yang hambar khususnya selepas si isteri bersalin. Bonus tambahan vitamin E juga membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik kerana ia bertindak sebagai antioksidan.

Mahu dapatkan sebotol GLA Complex untuk diri sendiri, ibu, kakak @ yang tersayang?

Hubungilah 
Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com

Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia


Isnin, 5 November 2012

Alfalfa Complex

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 

"Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi"
(sumber Shaklee)

Maka tidak heran lah alfalfa juga dikenali sebagai "bapa segala tumbuhan". Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat penyakit sejak dahulu lagi. Alfalfa mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi disamping mineral dan vitamin-vitamin seperti B,C,D,E dan K. Oleh itu alfalfa amat sesuai dijadikan makanan tambahan  atau supplement untuk mereka yang sesuai sahaja. (ini kerana bukan semua pengguna sesuai menggunakan alfalfa)

Alfalfa digunakan dalam perubatan tradisional Cina sejak kurun ke-6 untuk merawat pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, mengelakkan edema, artritis, memperbaiki sistem pencernaan, sistem rangka, kelenjar dan salur kencing. Alfalfa digunakan untuk membersihkan darah dan detoks tubuh.

Antara kebaikan2 alfalfa:
  • mengurangkan simptom menopos
  • menurunkan kolesterol
  • mengelakkan strok
  • menguatkan tulang dan melegakan artritis
  • diuretik
  • membantu dalam anemia
  • masalah pencernaan
  • IBS (irritable bowel disorder)
  • membantu penyembuhan tulang yang patah
  • menyeimbangkan hormon
  • membanyakkan susu badan
  • meningkatkan vitamin K terutama bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti amoxicillin, gentamicin dan streptomycin
    (sumber)

    Terbukti pelbagai khasiat dan fungsi ada didalam Alfalfa kan, jadi tak rugi kalau kita mengamalkan nya seperti yang disyorkan serta dapatnya daripada Shaklee. Kenapa Shaklee?

    "Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

    •    Sumber semulajadi alfalfa.
    •    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air 
          sebagai minuman herba semulajadi.


Hubungi Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...