Memaparkan catatan dengan label Vitalea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitalea. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mei 2013

Vitalea dan Teknologi Explo-Tab




Atas kitaran pusingan hidup saya seharian - sebagai ibu, isteri, peniaga & pekerja, masa rehat saya amat terhad. Letih & tak bermaya dibuatnya. Jadi saya disarankan mengambil 2 biji Vitalea untuk membantu saya mendapatkan tenaga tambahan selain saya mengamalkan ESP & Vitamin B.

Menakjubkan hari ini hari pertama saya makan 2 biji Vitalea, kurang mengantuk di tempat kerja, fokus dan seharusnya bila dah bertenaga, saya bersemangat.

Rupanya Vitalea ini mempunyai teknologi " Explo-Tab" dimana ia berfungsi setelah kita telan Vitalea, ia akan berada didalam sistem pencernaan seketika dan cepat-cepat melepaskan/release nutrisi didalamnya.
Jadi memang cepatlah bertenaga .

Keratan rentas Vitalea.
Keratan rentas Multivitamin jenama S

Okey, beralih pula pada keratan rentas Vitalea dan bezakan dengan multivitamin dari jenama 'S'. Nampak bintik starch grain atau bijirin kanji, apabila ia basah, ia mengembang dan memebebaskan khasiat secepat mungkin.

Jadi tidak heranlah Vitalea diiktiraf sebagai multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia.Ini berpandu kepada anugerah yang dianugerahkan oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000. Antara ujian klinikal ada menunjukkan, jika mengamalkan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Ini pula perbezaan Vitalea dan multivitamin jenama S apabila di letakkan ke dalam air. Nampak kan bezanya, Vitalea dengan pantas "explosion" semua nutrisi.



Vitalea yang disalut dengan serbuk nutrisi - spirulina
sumber gambar Satu Nutrition, tq a lot

Jika anda ingin cergas & bertenaga sepanjang hari seperti, hubungilah saya segera,Your Shaklee Independent Distributor

Elisa Zulkifli (SID 893611) | 017-9470711 (Call,SMS,Whatsapp) | email : elisa.lu06@gmail.com





Sabtu, 27 April 2013

Shaklee Vitalea Iron Formula , Multivitamin & Multimineral hebat

Shaklee Vitalea Iron Formula - jimat sehingga  3 bulan


Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

* Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

* Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*

* Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*

* Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik

* Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

* Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa

* Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan


Antara Vitamin & Mineral yang terdapat dalam Vitalea

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*

Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*

Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*

Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*

Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*

Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*

Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya segera, Elisa pengedar Shaklee supplement semulajadi terbaik

+Hearts By E (Elisa)
+6017-9470711 (CALL/SMS/WHATSAPP)
+email elisa.lu@gmail.com

Juga boleh add personal fb Elisa HBE dan kunjungi facebook pageHearts By E untuk update terkini.

Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia 



Isnin, 25 Mac 2013

Testimoni Shaklee untuk Vitamin ketika Hamil


Salam sayang semua,
Harap semuanya sihat walafiat. Hari ini saya kongsikan feed back seorang ibu yang menggunakan vitamin Shaklee semasa hamil. Alhamdullilah, sangat positif kesannya, bermula ketika proses hamil seterusnya ketika melahirkan bayi. 



Saya copy feed back Puan Anna daripada gambar diatas.


"Saya baru bersalin anak ke-3... Seorang Princess yg sgt adorable..... Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin shaklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan..


Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu... Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni... sgt mudah dan cepat... Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus... putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah... 

Baby pun sgt baik....disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan... baby terus tido kekenyangan..."

Beribu tahniah buat Puan Anna atas kelahiran bayi comelnya & memilih vitamin semulajadi Shaklee sebagai supplement ketika hamil & berpantang.



Jika anda berminat mengetahui tentang vitamin ketika hami, hubungi saya, pengedar Shaklee, supplement semulajadi terbaik ; 
Hearts By E (Elisa)
+6017-9470711 (CALL/SMS/WHATSAPP)
email elisa.lu@gmail.com

Juga boleh add personal fb Elisa HBE dan kunjungi facebook page Hearts By E untuk update terkini.

Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia 








Selasa, 27 November 2012

Set Kesuburan : Ingin Menimang Cahaya Mata Dengan Shaklee


[INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK]


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman-teman semua dah bertiga, berempat, namun kita masih berdua.

Antara PENYEBAB BIOLOGI sukar hamil di kalangan WANITA :

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu      penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

PENYEBAB BIOLOGI di kalangan LELAKI :

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab- penyebab dari faktor luaran (LELAKI & WANITA)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Multivitamin - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. [ Shaklee ada Multivitamin iaitu Vitalea Complex - "Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki." ]

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
"Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma."

Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab, akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E & Selenium - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi.
"Selenium telah lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Jimat bukan!"


Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

        "Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?"

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc


Klik gambar untuk lebih jelas

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa
Klik gambar untuk lebih jelas

HBE : Selain berusaha, kita juga harus bertawakal & sentiasa berdoa kepada Allah, memohon dikurniakan cahayamata. Saya disini sekadar membantu sebaik boleh, Allah jua yang berkuasa.


Hubungilah Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...