Memaparkan catatan dengan label Zinc Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zinc Complex. Papar semua catatan

Khamis, 21 Februari 2013

Pentingkah Supplement a.k.a Makanan Tambahan?


PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.

Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan.

Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini.

1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid folic dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.

Saya memilih Shaklee sbg supplement kerana ianya 100% semulajadi!! Anda bagaimana??

Hubungi Hearts By E (Elisa) di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com samada untuk bertanya tentang produk @ pembelian.
Juga boleh add personal fb Elisa HBE dan kunjungi facebook page Hearts By E untuk update terkini.


Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia 



Isnin, 18 Februari 2013

Shaklee buat Lelaki - Men's Vital Health Set

** klik untuk paparan sebenar

Eh...bukan golongan kanak-kanak dan wanita saja yang perlukan makanan tambahan, golongan lelaki juga perlu. Sebab golongan lelaki tidak terkecuali untuk terdedah dengan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti, strok serta lain-lain lagi. Akibat perubahan hormon seawal usia 30-an yang boleh membawa kepada masalah kesihatan rumit dalam hidup mereka seperti mati pucuk, pembesaran prostat, kelesuan dan kurang tenaga dan stamina.

Oleh itu Shaklee telah menyediakan program buat kaum Adam iaitu Set Men's Vital Health. Ia terdiri daripada Omega GuardVita - E Complex, dan Zinc Complex.

Gabungan ketiga-tiga produk hebat Shaklee ini memberikan pelbagai kebaikan seperti:

- memelihara kesihatan prostat
- meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- memelihara jantung yang sihat
- membantu mengekalkan tekanan darah normal
- mengawal tahap kolesterol yang sihat

Kaum Hawa juga boleh amalkan set ni, jadi boleh share dengan suami, jimat bukan :)

Ingin dapatkan set ini untuk lelaki kesayangan anda, kekasih, encik suami, ayah, adik atau abang hubungi lah Hearts By E (Elisa) di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com samada untuk bertanya tentang produk @ pembelian.
Juga boleh add personal fb Elisa HBE dan kunjungi facebook page Hearts By E untuk update terkini.


Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia 



Selasa, 27 November 2012

Set Kesuburan : Ingin Menimang Cahaya Mata Dengan Shaklee


[INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK]


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman-teman semua dah bertiga, berempat, namun kita masih berdua.

Antara PENYEBAB BIOLOGI sukar hamil di kalangan WANITA :

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu      penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

PENYEBAB BIOLOGI di kalangan LELAKI :

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab- penyebab dari faktor luaran (LELAKI & WANITA)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Multivitamin - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. [ Shaklee ada Multivitamin iaitu Vitalea Complex - "Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki." ]

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
"Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma."

Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab, akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E & Selenium - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi.
"Selenium telah lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Jimat bukan!"


Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

        "Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?"

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc


Klik gambar untuk lebih jelas

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa
Klik gambar untuk lebih jelas

HBE : Selain berusaha, kita juga harus bertawakal & sentiasa berdoa kepada Allah, memohon dikurniakan cahayamata. Saya disini sekadar membantu sebaik boleh, Allah jua yang berkuasa.


Hubungilah Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Rabu, 7 November 2012

Testimoni : Vitamin Asli untuk Peluh Berlebihan

Kadang-kadang apabila kita berpeluh tanpa sebab yang munasabah, berpeluh ketika tidak melakukan sebarang aktiviti lasak, berpeluh ketika mengalami tekanan serta cuaca panas memberikan perasaan yang amat tidak selesa, sehingga terasa tak nak bercampur langsung dengan masyarakat sekeliling. Nak bersalam pun segan akibat peluh yang banyak ditangan.



Alhamdullillah pengguna Shaklee ini telah menggunakan Vitamin B Complex, Vitamin C, Zinc & Carotomax. Hasil daripada penggunaan yang berterusan peluh berlebihan di tangan & kakinya sudah berkurangan :)

Penulisan di sini juga menerangkan fungsi-fungsi vitamin tersebut dapat mengurangkan gejala peluh berlebihan

Mari kita lihat apakah fungsi-fungsi supplement yang beliau ambil :

Vitamin B Complex - Anti Stress (sbg Penenang) dan juga membantu meninggikan sistem pertahanan diri.


Vitamin C - meningkatkan sistem imun dalam tubuh

Zinc Complexmenyediakan kalsium bagi mengelakkan kekejangan otot dan sebagainya

Carotomaxmengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Ingin mencuba untuk mengurangkan peluh berlebihan tanpa pembedahan??

Hubungi Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...