Memaparkan catatan dengan label Vitamin E. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin E. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2013

Vitamin Untuk Kulit Cantik Bebas Cela


Berapa ramai antara kita yang mudah "cair" dengan iklan penjagaan kulit di media masa dan pusat-pusat kecantikan. Saya juga begitu. Apatah lagi "hasil" sungguh mengujakan dalam masa yang singkat. Namun adakah kita sedar itu hanya penjagaan dari luar semata-mata dan tentunya bukan secara menyeluruh? YA, bukan menyeluruh! Bagaimana bahagian lain tubuh kita seperti tangan, kaki, rambut dan sebagainya? Terlepas pandang bukan?

Sabtu, 27 April 2013

Shaklee Untuk Menurunkan Kolestrol



Mari kenali tekanan darah kita

Tekanan darah ialah ukuran daya pada dinding arteri apabila jantung mengepam untuk mengedarkan darah ke seluruh badan. Saluran darah akan menjadi keras selaras peningkatan umur. Jesteru itu orang tua – tua berpontensi mengalami tekanan darah tinggi.
Tekanan darah ideal ialah 120/80mg. Nombor diatas mewakili tekanan darah sistolik (tekanan dalam arteri apabila jantung memecut) manakala nombor dibawah pula tekanan darah diastolic (tekanan dalam arteri apabila jantung berehat antara denyutan)

Ideal 120/80 mmHg
Hipertensi >140/90 mmHg
Pra-hipertensi 120/80 – 139/89 mmHg


Hipertensi ialah istilah yang digunakan apabila tekanan darah menjadi terlalu tinggi. Ia merupakan factor risiko utama bagi penyakit kondiovaskular seperti risiko strok, sakit jantung, penyakit ginjal serta kematian awal.



Fahamilah Paras Kolestrol Kita

Kolestrol dan trgliserida adalah lipid (lemak) penting untuk pembinaan struktur sel. Lipid iniyang memainkan peranan penting dalam penghasilan hormone & penjanaan tenaga. Paras kolestrol darah kita boleh dipengaruhi oleh diet dan tahap fungsi hati kita dalam penghasilan kolestrol. Paras kolestrol darah yang tinggi mengakibatkan ateroklerosis bermaksud pengerasan arteri.
Kita boleh mengukur tahap kolestrol dengan ujian mudah yang dikenali sebagai ‘blood lipid panel atau ‘profil lipoprotein’. Jumlah kolestrol dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) dengan agak tepat tepat tanpa puasa, manakala paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida hanya boleh diukur selepas berpuasa 9-12jam.

Terdapat beberapa produk vitamin dan makanan tambahan dari Shaklee yang dapat membantu memberikan kolestrol baik dan menurunkan tahap kolestrol jahat dalam tubuh kita.

 ü  Alfalfa Complex / Herblax
  Bertindak bagaikan ‘span’ yang bertindak seperti serat/fiber yang menyerap kolestrol

 ü  ESP – Energizing Soy Protein
  Ia rendah indeks glisemik dimana mengawal paras kolestrol

 ü  Vitamin C
  Ia mampu mengurangkan kolestrol & tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yang sihat

 ü  Garlic Complex
  Menurunkan kolestrol,LDL,Trigliserid dan kelikatan darah, meningkatkan HDL disamping melindungi   
  jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari

 ü  Omega Guard
  DHA dan EPA membantu mengekalkan kesihatan trigserida dan kolestrol LDL juga membantu  
  mengekalkan tekanan darah normal

 ü  Vitamin E Complex with Selenium
   Meningkatkan keanjalan salur darah dan memperbaiki peredaran darah

 ü  Vitamin B Complex
       Vitamin B3 atau Niasin dapat menurunkan kolestrol dan meransang peredaran darah


Klik gambar untuk paparan lebih jelas
 

Hubungi saya segera, Elisa pengedar Shaklee supplement semulajadi terbaik

+Hearts By E (Elisa)
+6017-9470711 (CALL/SMS/WHATSAPP)
+email elisa.lu@gmail.com


Juga boleh add personal fb Elisa HBE dan kunjungi facebook pageHearts By E untuk update terkini.

Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia 


Khamis, 21 Februari 2013

Pentingkah Supplement a.k.a Makanan Tambahan?


PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.

Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan.

Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini.

1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid folic dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.

Saya memilih Shaklee sbg supplement kerana ianya 100% semulajadi!! Anda bagaimana??

Hubungi Hearts By E (Elisa) di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com samada untuk bertanya tentang produk @ pembelian.
Juga boleh add personal fb Elisa HBE dan kunjungi facebook page Hearts By E untuk update terkini.


Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia 



Isnin, 18 Februari 2013

Shaklee buat Lelaki - Men's Vital Health Set

** klik untuk paparan sebenar

Eh...bukan golongan kanak-kanak dan wanita saja yang perlukan makanan tambahan, golongan lelaki juga perlu. Sebab golongan lelaki tidak terkecuali untuk terdedah dengan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti, strok serta lain-lain lagi. Akibat perubahan hormon seawal usia 30-an yang boleh membawa kepada masalah kesihatan rumit dalam hidup mereka seperti mati pucuk, pembesaran prostat, kelesuan dan kurang tenaga dan stamina.

Oleh itu Shaklee telah menyediakan program buat kaum Adam iaitu Set Men's Vital Health. Ia terdiri daripada Omega GuardVita - E Complex, dan Zinc Complex.

Gabungan ketiga-tiga produk hebat Shaklee ini memberikan pelbagai kebaikan seperti:

- memelihara kesihatan prostat
- meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
- memelihara jantung yang sihat
- membantu mengekalkan tekanan darah normal
- mengawal tahap kolesterol yang sihat

Kaum Hawa juga boleh amalkan set ni, jadi boleh share dengan suami, jimat bukan :)

Ingin dapatkan set ini untuk lelaki kesayangan anda, kekasih, encik suami, ayah, adik atau abang hubungi lah Hearts By E (Elisa) di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com samada untuk bertanya tentang produk @ pembelian.
Juga boleh add personal fb Elisa HBE dan kunjungi facebook page Hearts By E untuk update terkini.


Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia 



Selasa, 27 November 2012

Set Kesuburan : Ingin Menimang Cahaya Mata Dengan Shaklee


[INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK]


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman-teman semua dah bertiga, berempat, namun kita masih berdua.

Antara PENYEBAB BIOLOGI sukar hamil di kalangan WANITA :

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu      penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid

PENYEBAB BIOLOGI di kalangan LELAKI :

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab- penyebab dari faktor luaran (LELAKI & WANITA)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Multivitamin - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. [ Shaklee ada Multivitamin iaitu Vitalea Complex - "Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki." ]

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
"Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma."

Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab, akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E & Selenium - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi.
"Selenium telah lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Jimat bukan!"


Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

        "Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?"

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc


Klik gambar untuk lebih jelas

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa
Klik gambar untuk lebih jelas

HBE : Selain berusaha, kita juga harus bertawakal & sentiasa berdoa kepada Allah, memohon dikurniakan cahayamata. Saya disini sekadar membantu sebaik boleh, Allah jua yang berkuasa.


Hubungilah Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Isnin, 26 November 2012

Alfalfa Complex : Khasiat Alfalfa Shaklee


Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-
bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A
 – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E
 – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U
 – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6
 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K
 – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D
 – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium
 – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi
 – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium
 – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus
 – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida)
 – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium
 – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium
 – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein
 – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


TQ Hanis Amin

AWAS!!!!
Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

(Source Mommy Lyna)


Hubungilah 
Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com

Hearts By E (HBE)
 adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Rabu, 7 November 2012

GLA Complex dan Wanita



Bunga Borage adalah sumber kepada Minyak Borage
Shaklee telah memperkenalkan vitamin yang dipatenkan khas buat kaum wanita iaitu GLA Complex. Ia adalah kombinasi minyak borage iaitu sumber kepada asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Minyak borage (borage oil) dimana terkandungnya asid gamma linolenik (GLA) digunakan secara tradisional berfungsi melegakan kesakitan ketika haid seperti simptom PMS & segugut, memperbetulan kitaran haid,sakit kepala dan 
melegakan tanda-tanda putusnya haid. Minyak bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6 (Omega 6 Fatty Asid) yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. (credit)
Fungsi prostaglandin adalah

  • Pengeluaran steroid
  • Sintesis hormon
  • Keradangan, sakit dan bengkak
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mengawal keseimbangan cecair badan dengan membantu fungsi buah pinggang
  • Mengawal selia pengagregatan pembekuan darah dan platelet
  • Melawan alahan kepada alergen
  • Penghantaran signal ke sistem saraf
Biji Bunga Matahari
 Vitamin E yang terdapat didalam GLA Complex pula membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Vitamin E juga membantu dalam hubungan suami isteri yang hambar khususnya selepas si isteri bersalin. Bonus tambahan vitamin E juga membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik kerana ia bertindak sebagai antioksidan.

Mahu dapatkan sebotol GLA Complex untuk diri sendiri, ibu, kakak @ yang tersayang?

Hubungilah 
Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com

Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia


Isnin, 5 November 2012

7 Sebab Mengapa Wanita Memerlukan Vitamin E Shaklee

Secara amnya Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran dan juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E Shaklee. Jadi Vitamin E Shaklee sudah dilengkapi selenium hanya dalam 1 botol, maka tak heran lah Jeniffer Lopez pun mengamalkan Vitamin E Shaklee dalam dietnya >_<
Jom kita baca kenapa wanita memerlukan Vitamin E Shaklee


1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak lebih muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.Seorang teman sebelum ini mengalami masalah di mana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu dalam mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Dimana ia bantu mengatasi masalah saraf  belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian di belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baikpulih luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover daripada kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan Vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia
Hubungi Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di 
talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...