Ahad, 27 Januari 2013

Shaklee Omega Guard, Minyak Ikan Tulen


Kelebihan Shaklee

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan air Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan malah ia 3 kali lebih tumpat dari minyak hati ikan. Berbanding dengan minyak omega di pasaran, Omega Guard adalah paling tulen yang mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

Bagaimana Shaklee menghasilkan Omega Guard ?

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan yang paling semulajadi sementara bahan-bahan bahaya disingkirkan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - bahan kimia industri yang sangat bertoksid). Proses yang digunakan oleh kaedah dari Shaklee amat jauh berbeza berbanding kebanyakan pengusaha kilang lain dimana mereka menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah tersebut bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrien bahkan kandungan logam tidak boleh ditapis.


Ingin dapatkan Shaklee Omega Guard?

Hubungilah Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com

Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia



Ahad, 6 Januari 2013

Susu Ibu Sebatian Ajaib


Saya berkongsi artikel yang amat menarik. Pandangan Islam terhadap susu ibu. Subhanallah.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.








Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.
Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.
Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.
Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky— mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.
Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: 
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.
terima kasih, Artikel iluvislam.com





Khamis, 3 Januari 2013

Advanced Joint Health Tablet Untuk Kesihatan Sendi


Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen,  tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi)  iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Formulasi proprietari Advanced Joint Health Tablet menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan untuk menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.  Formulasi proprietari  dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. Advanced Joint Health Tablet adalah berasaskan formula sayur-sayuran 100% iaitu Ekstrak Boswellia, Ekstrak Jagung, Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C. Jadi bonus buat mereka yang vegetarian. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. 


Kebaikan Ekstrak Sayuran dan Mineral dalam Advanced Joint Health Tablet

Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Jadi Ekstrak Boswellia iaitu gum resin yang mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat (sumber: pokok Boswellia serrate) dapat menyokong keselesaan sendi-sendi anda. Asid Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi dan contohnya, dapat mengatasi radang sendi lutut, sendi bahu dan sebagainya

Ekstrak Jagung - Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan dalam jangka masa panjang. Glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Jadi Joint Health Tablet membantu meningkatkatkan glukosamina dalam tubuh. Ekstrak jagung juga menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas yang menjadikan sendi lebih fleksibel. Jadi berita baik bagi penggemar jagung.  Anda boleh meneruskan makan jagung kesukaan anda -_^. 

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - Merupakan nutrien penting dalam membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan struktur terhadap sendi. 100% Nilai Harian Vitamin C dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) disediakan sebagai nutrien penting untuk sintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalm tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink, tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin C memelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat. 

Keistimewaan Advanced Joint Health Tablet

  • Ekstrak proprietari Boswellia turut mengandungi bahan semulajadi lain yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja
  • 100% bebas kondrotoin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Sulfat kondrotoin boleh menggangu penyerapan khasiat ekstrak jagung dan glukosamina
  • 100% berasaskan sayur-sayuran. Sangat-sangat sesuai bagi vegetarian
  • Kapsul yang mudah ditelan
  • Bebas gluten

Siapa yang Perlukan Advanced Joint Health Tablet

  • Lelaki dan wanita dewasa yang memerlukan produk 100% semulajadi untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan sendi mereka.
  • Mereka yang sering sakit sendi tulang
  • Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif 

  • Orang yang sering melakukan perkerjaan mengangkat beban berat.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

credit to blog sihatmacamyaya


Hubungilah Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia


Ahad, 9 Disember 2012

Kolagen : Apa beza dengan Shaklee Collagen Powder dan Jenama Lain


Penggunaan kolagen untuk kecantikkan bukanlah perkara luar biasa di negara ini. Rata-rata ingin merasa muda sebelum penuaan menjergah kita. Tapi taukah anda dimanakah punca kolegen anda. Dari sumber apakah? Haiwan atau tumbuhan? Dan bagaiman pula cara ia diproses?

Terdapat pelbagai sumber kolagen yang ada di pasaran. Saya senaraikan dibawah :

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Yak Bone Hydrolytic Collagen


Beware!! ada produk kolagen yang tidak diketahui sumbernya dengan jelas serta diragui. Namun begitu, sumber kolagen dari tumbuhan atau "seafood" memang tidak diragui halalnya. Cuma be alert kalau sumber selain ini sebelum kita makan / pakai / guna. Jangan mudah terperdaya dengan harga yang murah atau tawaran yang kadangnya tak masuk diakal kerana kolegen yang murah dan paling mudah didapati adalah daripada kulit babi dan gamat.
Usah berkira nak dapatkan yang terbaik. Lebih baik bayar lebih untuk perlindungan awal daripada terpaksa membayar lebih akibat tersalah makan kolagen! - Mommy Lyna

Perbezaan Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder adalah ektsrak Kolagen dari Sisik Ikan Merah yang mengandungi 4000mg proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi. Sisik Ikan Merah dipilih kerana kualiti premium dimana kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen dari haiwan dan kadar percemaran yang sangat kurang.



Shaklee Collagen Powder adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton ( berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.



Shaklee Collagen Powder diperkayakan khasiatnya dengan 7 ramuan utama termasuk termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokongkecantikan anda dari dalam ke luaran. Ia juga mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran dan senang di bawa ke mana-mana.

Berminat dapatkan Shaklee Collagen Powder, nutrien hebat untuk kulit muda dan sihat?

Hubungilah 
Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia






Selasa, 4 Disember 2012

Najis Bayi Anda : Apakah normal atau tidak


Apakah yang normal? 

Sebagai ibu, agak menakjubkan betapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis atau kotoran bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir sampai ke akhir tahun pertama usianya, dan dalam masa itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya. 

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit. 

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal. 


Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir? 


Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik

Bagi beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi anda akan membuang najis yang dinamakan meconium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang berkumpul dalam usus bayi anda semasa kehamilan dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, maupun sukar untuk menanggalkan kotoran itu dari punggung bayi anda.

Selepas sehari atau dua hari, selepas penyusuan menjadi kebiasaan, dan semua meconium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.


Apakah yang akan berlaku jika saya memberikan susu formula? 

Jika bayi anda diberikan susu formula, najis bayi anda akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding bayi yang diberikan susu badan. Ini disebabkan susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Najis akan berbau lebih tengik, seakan-akan najis orang dewasa. 

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa, dan najisnya adalah lebih besar. Namun, lagi lama najis berada dalam usus, lagi keras jadinya dan lebih sukar untuk dikeluarkan, sehingga membawa kepada sembelit. Berbincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasakan bayi anda mempunyai masalah ini.

Dan jika bayi saya menyusu badan? 

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari "susu pertama" anda bertindak sebagai laksatif, membantu menolak meconium keluar dari sistem bayi anda. Apabila anda menghasilkan susu dengan sempurna, selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental. 

Pada awal minggu pertama, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberikan makanan pejal, atau apabila bayi kurang sihat atau jika dia mula kurang menyusu. 

"Jadi, jika kami bertukar dari susu badan ke susu formula, adakah ini akan menjejaskan bayi saya?" 

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting untuk melakukannya dengan perlahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit, dan bagi diri anda pula, mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik saja bayi anda menyesuaikan diri dengan susu botol, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi! 

Memulakan makanan pejal

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan atau berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberikan karot yang dipurikan, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah. Juga, apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang, susah untuk dicerna, sehingga satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.




Apa yang tidak normal? 

Cirit-birit
Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya. 

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan. 

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain. 

Sembelit
Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar 
– najis berbentuk gentelan kering dan kecil 
– sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah
Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut. 

Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri. 

Najis hijau
Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut. 

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda. 

Calitan darah
Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.




**artikel diatas dikongsi daripada BabyCenter.

Hubungilah 
Hearts By E (HBE) untuk pertanyaan & maklumat produk Shaklee di talian 017-9470711 atau email ke elisa.lu@gmail.com
Hearts By E (HBE) adalah Shaklee Independent Distributor ID 893611 yang menyediakan penghantaran keseluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...