Rabu, 17 Julai 2013

Tips Pemakanan Sihat ketika Puasa



Puasa memberi kebaikan kepada tubuh, menjadi bulan yang terbaik untuk organ tubuh beristirahat. Perubahan waktu makan adalah perkara utama yang dirasakan ketika berpuasa. Ikuti beberapa tip menjalani puasa yang baik bagi tubuh di bulan Ramadan ini:


Elakkan tidur selepas sahur

Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan, apatah lagi makanan berat yang diambil ketika bersahur. Oleh itu, perlu ada waktu senggang yang cukup sekitar 30 minit untuk tubuh mencerna makanan selepas makan sahur. Hal ini disarankan bagi mengelakkan proses metabolisme tubuh terganggu.

Hindari air sejuk dan manis

Elakkan minum air sejuk atau air as ketika berbuka puasa. Amalkan berbuka dengan minuman hangat. Minum air sejuk boleh menyebabkan perut menjadi kembung kerana asid pada bahagian perut akan meningkat. Hindari juga minum atau makan makanan yang manis dengan kadar gula yang tinggi.

Menu berbuka yang manis semula jadi seperti yang terdapat pada buah kurma mahupun jus buah-buahan (tanpa gula), lebih baik kerana kandungan gula pada makanan ini boleh menaikkan kadar gula darah dengan cepat. Ini tidak merangsang penghasilan insulin sebagaimana gula yang terdapat pada minuman dengan gula tambahan seperti sirap, teh, kopi dan sebagainya.

Makan sedikit ketika berbuka

Untuk mengelakkan perut terkejut, sebaiknya berbuka dengan makan makanan yang sedikit. Anda perlu mengelakkan makan makanan utama ketika berbuka puasa. Tubuh memerlukan ruangan yang kosong untuk mencerna makanan. Jadi jika anda biasa makan makanan yang berat sebaik sahaja berbuka puasa, ini akan mengganggu kerja-kerja pencernaan makanan. Mulakan makan makanan yang ringan dan sedikit. Kunyah makanan dengan baik untuk meringankan kerja-kerja pencernaan sehingga tugas tubuh untuk mencerna makanan tidak terlalu membebankan ketika berbuka puasa.

Demikian beberapa tips yang perlu diamalkan pada bulan Ramadhan nanti bagi mendapat kesihatan yang baik dan cegah tubuh badan daripada rasa cepat penat. Bagi pembaca MW yang ketahui lebih banyak tips untuk amalan sepanjang bulan puasa, anda boleh mendapatkan majalah keluaran 1546 di pasaran berhampiran. Selamat beramal, semua!

sumber : mingguan wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...